Hidup I

Lelahku mencekik sukma

Tulang putih pendar sarat

mencari seribu mercu di

dalam pekatmu.

Kau lihatkah kakiku

bawa busur sesarkan padaMu

Kau saksikanlah senyumnya hampa

mencari terang dini.

Sisa peluh tubuhku

lekat dalam sukma

leleh cair kembang

kerna panah dia resah

September 1984